Akhbar Cina biadap terbit karikatur hina Hadi Awang, Pandikar

Sebuah akhbar Cina semakin biadap dan bertindak di luar batasan apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dengan  tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”.

“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata, “simpan untuk hari kemudian.”

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang ‘kurang ajar dan melampau’.

“Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS,” katanya.

Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King.

Pemuda PAS Selangor yang berang dengan apa dianggap sebagai penghinaan, menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok.

“Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam.

“Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan memartabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya.

Mereka juga akan menyerahkan memorandum menuntut permohonan maaf daripada pihak pengurusan akhbar tersebut.

Walau bagaimanapun sekitar 6 petang tadi mendapati bahawa versi internet akhbar itu telah menurunkan kartun berkenaan.

Akhbar itu juga membuat permohonan maaf terbuka petang ini.

“Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Mandarin.

Kartun itu diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi yang juga Presiden PAS membentangkan usul rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) pada Khamis lalu.

Selepas pembentangan Hadi dan ucapan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Takiyuddin Hassan, Pandikar memutuskan bahawa perbahasan usul itu ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang akan datang pada bulan Julai nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana