Ada yang nak buat kacau pada hari debat Dr Mahathir-Nazri… - Polis

Apa nak hairan pihak sebelah sana cetuskan pelbagai andaian dan memperlekehkan tindakan polis membatalkan kelulusan permit debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz di Kompleks Karangkraf di Shah Alam pada 7 April.
 
Ini sudah menjadi mainan politik untuk cipta macam-macam persepsi negative untuk pesongkan pandangan rakyat.
 
Kalau difikirkan pihak polis mesti mempunyai alasan kuat dari segi keselamatan hingga dua kali menolak kelulusan permit untuk debat berkenaan yang sebelum ini hendak diadakan di MRSM Kuala Kangsar di Padang Rengas pada 25 Mac lalu.
 
Malah untuk di Kompleks Karangkraf sehari sebelum pembatalan permit sudah diluluskan.
 
Mungkin ramai yang ambil mudah tetapi jika berlalu sesuatu siapa yang nak jawab.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff mendedahkan hasil risikan polis juga menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada hari debat itu berlangsung di Shah Alam.
 
Katanya pembatalan kelulusan permit untuk debat pada 7 April ini dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
 
Beliau memberitahu demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Ahad.
 
Selain itu,kata Mohd Fuad polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.
 
"Sehingga kini, polis menerima bantahan-bantahan secara bertulis iaitu 18 laporan polis yang dibuat orang awam. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Justeru, polis membatalkan permit penganjuran debat itu dengan mengambil kira kepentingan serta keselamatan awam," katanya. 
 
Sabtu semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacob berkata pihaknya menerima surat pembatalan permit kebenaran debat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.
 
Pembatalan itu dibuat sehari selepas Hussamuddin mengumumkan pihaknya telah mendapat kebenaran untuk mengadakan program itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana