3 lelaki direman 6 hari kes sogok MyEG...Ingat Ini Zaman Madey Ker

Tiga lelaki termasuk seorang warga Pakistan direman enam hari di Mahkamah Majistret Ipoh bagi membantu siasatan terhadap kes sogokan dalam urusan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tanpa mengikut prosedur.

Ketiga-tiga suspek berusia 46 hingga 57 tahun itu antara lebih 10 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di beberapa negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Johor semalam.

Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin membenarkan permohonan untuk menahan reman ketiga-tiga individu itu selama enam hari bermula hari ini sehingga 3 Mei depan.

Sementara itu sumber SPRM berkata, ketiga-tiga mereka yang bertindak sebagai ejen dan orang tengah itu menawarkan wang rasuah beberapa kali kepada kakitangan MyEG Services Bhd (MyEG).

“Suspek pertama warga Pakistan ditahan di kawasan Tasek di Ipoh jam 12.30 tengah hari, semalam.

“Dua lagi lelaki warga tempatan masing-masing ditahan di sebuah restoran di Meru Raya jam 8.10 malam dan di Batu Gajah jam 9 malam,” lapor sebuah portal berita, Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana