1MDB: Rafizi berbohong... kena bertaubat - Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan pemimpin kanan PKR Rafizi Ramli bahawa ada bekas pemimpin PAS menerima wang 1MDB sebagai satu pembohongan.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu dakwaan itu juga memperlihatkan kejahilan Rafizi dalam soal dosa dan pahala.

“Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong, 300 peratus bohong. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala kepada saya. Kesalahan dia dengan saya, saya maafkan kerana dia tak tahu.

“Ada pun dia dengan tuhan, dia kena bertaubat,” katanya ketika ditemui wakil media dalam majlis sambutan kepulangannya sempena pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud lewat malam Isnin.

Sebelum itu, Rafizi mendakwa ada bukti menunjukkan seorang bekas pemimpin PAS yang rapat dengan kepimpinan menjadi penerima wang 1MDB yang disalurkan kepada PAS.

Ahli Parlimen Pandan itu membuat dakwaan berkenaan selepas sesi Dewan Rakyat ditamatkan sebaik sahaja pembentangan Rang Undang-Undang 355 dibentang Abdul Hadi pada Khamis lepas.

Untuk rekod, sepanjang dua tahun terakhir ini, berbagai pembohongan Rafizi sudah dibongkarkan di media massa dan mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL