Tunku Mahkota Johor diisytihar Presiden FAM, Annuar Musa tarik diri...Tentu Ramai Memuji Cara Annuar Ini...Syabasss

Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar sebagai Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan memberi penghormatan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menjawat jawatan itu.
 
Annuar yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu beliau menarik diri selepas melihat Tunku Ismail sebagai aset yang penting kepada FAM.
 
"Setelah berfikir secara mendalam dan menimbang semua perkara saya buat keputusan untuk memberi penghormatan kepada TMJ agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar sebagai presiden FAM yang baru.
 
"Komitmen yang diberi TMJ boleh jadi aset penting kepada FAM," ujarnya dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.
 
Annuar juga berkata sokongan dan perkenan Sultan Johor terhadap TMJ adalah penghormatan kepada bola sepak Malaysia.
 
Justeru menguatkan lagi pendirian beliau untuk memberi laluan kepada pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
 
"TMJ harus diberi peluang seluasnya untuk membuat sesuatu untuk kemajuan bola sepak Malaysia dan kotakan janji Malaysia," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment