Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain

PAS tidak akan sekali-kali mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi semata-mata memberikan laluan kepada parti pembangkang lain pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang.
Katanya, PAS bagaimanapun mengalu-alukan kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama PAS dalam memperjuangkan dasar dan prinsip PAS dalam memenangi PRU akan datang.
"Kami (PAS) tak akan sertai PH (Pakatan Harapan) atau mana-mana pakatan, ini kerana setiap kali berpakat, PAS kena korbankan kerusi yang ada.
"Dengan Parti Semangat 46 sebelum ini PAS terpaksa korbankan satu pertiga kerusi, dengan PKR pun begitu, serahkan juga kerusi setiap kali muafakat.
"Sekarang diminta PAS untuk sertai pakatan, tetapi kalau sertai terpaksa serah (kerusi)...minta maaf tidak boleh.
"Kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi jangan ganggu kerusi PAS," katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana di Bukit Gantang Khamis malam.
Ceramah turut disertai Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Tuan Ibrahim dalam ceramahnya turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang yang lain untuk tidak cuba merampas dan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment