Tak manis sebut 'biawak hidup', tegur Azmin kepada Hadi...Pandai Plak..Azmin Atas Pentas Politik Bukan Main Lagi Kutuk Orang Boleh Plak

Inilah dikatakan cakap taak serupa bikin...manis didepan wartawan saja tetapi diatas pentas politik mulut Azmin ini boleh tahan jugak kutuk Perdana Menteri dan Isteri.Tunjuk Image baik dan Alim kononnya.
Padan muka kau PAS kini sudah naik menyampah dengan tingkah laku perangai Geng PKR ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali 'menegur' Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran kenyataan Presiden PAS itu yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'biawak hidup'.
 
"Tak usahlah melontarkan istilah sebegitu, tidak manis di khalayak ramai. Kita patut menzahirkan kata-kata lebih manis, lunak, saling menghormati.
 
"Kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat pembukaan persidangan penggal kelima, DUN ke-13, hari ini.
 
Kelmarin, Hadi dalam satu kenyataannya menegaskan menyertai Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH) ibarat memikul 'biawak hidup'.
 
Ia berikutan PAS terpaksa menanggung sama bebanan politik yang digalas dua parti politik itu.
 
Justeru PAS tidak akan menyertai kedua-dua parti politik itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), akan datang. 
 
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan beberapa PAS kawasan yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, Azmin menyifatkan ia sebahagian proses demokrasi sesebuah parti termasuk PAS.
 
Menteri Besar Selangor itu juga sekali lagi menegaskan pendirian PKR bahawa partinya tetap akan meneruskan hubungan dengan PAS, sehinggalah kepimpinan tertinggi parti berkenaan memuktamadkan hala tuju mereka. 
 
"Kita hormati perbezaan tapi tidaklah sampai memutuskan hubungan sebegitu rupa kerana kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat. Itu pendirian PKR," ujar beliau sambil menafikan usul-usul berkenaan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana