Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?

Berani kerana benar, takut kerana salah.
Siapa Teresa Kok yang ingin menentukan syurga atau neraka buat seseorang? Bila dia fitnah orang, dia lupa mengenai neraka...tapi bila ada pihak yang mendedahkan mengenai 'keburukan' dirinya, terus keluar bab neraka.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, jika benar Ahli Parlimen Seputeh itu tidak terlibat dengan dakwaan terlibat  menyelewengkan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), tunjukkan bukti.
"Jika benar dia (Teresa) tidak melakukan penyelewengan tersebut, tunjukkan bukti. Saya pasti pihak yang mendedahkan mengenai isu tersebut, mempunyai bukti yang kukuh untuk ditunjukkan.
"Dia tidak perlu bercerita mengenai syurga atau neraka. Siapa Teresa yang ingin menentukan syurga neraka seseorang? Dia 'confirm' ke masuk syurga?," katanya ketika dihubungi AgendaDaily.
Mohd. Razlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa yang mengatakan pihak yang menuduhnya melakukan penyelewengan peruntukan Yawas hampir RM2 juta akan masuk neraka.
“Saya tidak pernah membuat penyelewengan dana Selangor. Jangan cuba lempar fitnah kepada saya dan rakan-rakan saya. Fitnah adalah satu dosa dan mereka (yang memfitnah) akan masuk neraka,” katanya.
Penyelewengan Teresa itu didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang mendakwa Teresa dan beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan di ibu negara menyelewengkan dana tersebut.
Pada 16 Februari lalu, Jamal telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan untuk SMUE.
“Saya ada bukti surat dari Perbendaharaan Selangor meminta pengurus sebuah bank membuka akaun bagi SMUE atas nama lapan ahli Parlimen di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana