PROTON “BERHARGA”, SEBAB MAHATHIR DAH TAKDE!!

USAHA kerajaan menyuntik dana RM 1.5 billion ke dalam syarikat bermasalah Proton, mula mendatangkan hasil bila sekurang-kurangnya dua syarikat asing – satu dari China dan satu dari Peranchis, menunjukkan minat luar biasa untuk membida saham majoriti dalam syarikat yang sudah berusia lebih 30 tahun (tapi masih gagal membuat untung) itu.

Tahniah Datuk Sri Najib kerana mengurangkan beban rakyat yang satu ini.

Sebelum ini tak terbayang dek sesiapa pun ada orang nakkan syarikat yang tak pernah nak buat untung ‘asli’ – melainkan dibantu dengan dasar-dasar kerajaan seperti ketika pentadbiran Mahathir menaikkan cukai import kenderaan asing sehingga rakyat tidak banyak pilihan melainkan beli Proton.

Tapi setelah kerajaan menyuntik dana bagi membolehkan syarikat itu menyelesaikan hutang-hutangnya, ia mula menjadi rebutan pihak luar.  Mengikut laporan, 2 syarikat ini, Zhejiang Geely (China) dan PSA Group (Peranchis) bukan saja bersaing dari segi harga, bahkan menyertakan juga tawaran-tawaran lain bagi menarik minat pemilik Proton sekarang untuk memilih mereka sebagai pemegang saham majoriti.

Faktor yang kedua, ramai percaya, minat luar biasa yang ditunjukkan dua syarikat luar ini sekarang  adalah kerana Mahathir sudah tidak lagi berada dalam syarikat tersebut.  Penulis difahamkan, beberapa kerjasama strategik yang gagal sebelum ini (ketika Mahathir menjadi Pengerusi) adalah kerana Mahathir mahu pembekal Proton yang terdiri dari suku sakatnya, kekal dalam kerjasama itu.

Siapa gila nak ambik syarikat pembekal suku sakat Mahathir?

Yang masalah tingkap tak selesai-selesai tu adalah kerana suku sakat Mahathir yang membekalkannya.  Syarikat yang nak jalin kerjasama strategik sebelum ini adalah syarikat berjenama dan terkenal di seluruh dunia, takkan nak mencemarkan imej mereka dengan mengambil syarikat suku sakat Mahathir yang nak selesai masalah tingkap pun gagal berpuluh tahun?

Justeru, janganlah pelik kenapa Proton mula menarik minat syarikat luar yang ingin mengambil alih saham majoritinya.  Dari rakyat Malaysia ini  terus menanggung bebannya, lebih baik orang lain yang uruskan masalah syarikat tersebut seperti mana selayaknya untuk syarikat swasta seperti ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment