PPBM JUGA DAPAT ‘PENYAKIT’ SEPERTI DAP

Konflik dalaman DAP kini ‘berjangkit’ kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula apabila seramai 60 orang ahlinya di Baling mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
Difahamkan tindakan tersebut berpunca rasa tidak puas hati 60 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.
Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.
Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut dijangka mengikut jejak mereka tidak lama lagi.
“Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima watikah pelantikan penajaan daripada pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.
“Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” katanya. dalam sidang akhbar pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini.
Tambah beliau, kejadian itu menunjukkan bahawa pucuk pimpinan PPBM tidak prihatin akan senario politik di sesebuah bahagian seperti di Baling.
“Kami juga tidak pernah menghantar senarai jawatankuasa kedua untuk dinilai oleh pu­cuk pimpinan seperti di sesetengah bahagian lain yang membolehkan hak kerja mereka dinafikan.
“Pucuk pimpinan juga mengabaikan segala bantahan kami sebelum ini, sedangkan bantahan itu lebih kepada ingin menjaga kepentingan parti melebihi daripada kepentingan peribadi. Apabila pucuk pimpinan tidak mendengar suara kami, maka kami sebulat suara mengisytiharkan keluar parti ini berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana