PENIAGA DI PULAU PINANG ANGGAP KERAJAAN DAP SEBAGAI ZIONIS....BUKAN DULU KAU ORANG UNDI MEREKA?

Nampaknya pentadbiran negeri Pulau Pinang dibawah kerajaan DAP dilihat semakin teruk apabila kerap menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah dikalangan rakyat Pulau Pinang.
Terbaru, kerajaan DAP Pulau Pinang didesak supaya lebih prihatin dengan nasib peniaga di Rumah Hijau Mak Mandin apabila gerai mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan.
Ini kerana peniaga terbabit mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boo Poh hanya menabur janji kosong untuk membela nasib mereka.
Justeru, peniaga-peniaga di Mak Mandin menganggap kerajaan DAP Pulau Pinang seperti Zionis apabila gerai mereka dirobohkan.
Menurut peniaga, Hock Seng pernah berjanji kepada penduduk yang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDT SPU) hanya akan meroboh gerai kosong di kawasan itu, namun berlaku disebaliknya.
Dakwa mereka, MPSP mengeluarkan notis agar peniaga mengosongkan kawasan itu dalam masa 14 hari yang berakhir semalam atas alasan kawasan itu terlibat dengan pembesaran jalan.
Bagaimanapun bagi seorang perniaga yang bernama Zainal Abidin Abdul Rahman, beliau menyifatkan tindakan merobohkan gerai itu adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Ini kerana kata Zainal, mereka ‘dihalau’ tanpa sebarang pampasan biarpun telah berniaga di situ lebih 20 tahun.
“Pada mulanya ketika masalah ini diajukan kepada Hock Seng, beliau mendakwa hanya akan robohkan gerai yang tidak beroperasi dan biarkan lapan daripada 14 peniaga untuk terus berniaga.
“Tapi tiba-tiba kami dapat notis daripada MPSP yang memaklumkan semua gerai di sini akan dirobohkan dan kami diminta berpindah tanpa diberi ganti rugi atau tapak baharu,” katanya ketika mengadakan bantahan aman di kawasan itu hari ini.
Malah rasa tidak puas hati turut disuarakan Mohd. Nadir Abdullah yang telah berniaga di kawasan itu sejak lebih 25 tahun lalu dan dipaksa berpindah tanpa dijanjikan lokasi perniagaan baharu.
Beliau menyifatkan Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan bersikap lepas tangan terhadap nasib mereka dan langsung tidak melayan permohonan peniaga agar membantu mereka.
Mohd. Nadir berkata, mereka sedia berpindah sekiranya benar kawasan ini terlibat dengan pembesaran jalan, tetapi perlu memberi ganti rugi.
“Kami sedia berpindah sekiranya benar kawasan ini terlibat dengan pembesaran jalan, tetapi berilah ganti rugi kepada kami yang berniaga lama di sini dan hilang punca pendapatan.
“Di kawasan ini ada dewan serbaguna milik penduduk Rumah Hijau tapi diserahkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk aktiviti mereka sedangkan kami yang mencari rezeki di sini merempat,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment