Pembangkang serang agensi kerajaan kerana undi

Pihak pembangkang sentiasa mencari jalan dengan melakukan ‘sera­ngan’ terhadap agensi-agensi di bawah Kerajaan Pusat bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) serta kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, selain Felda, agensi di bawah kementeriannya iaitu Felcra Berhad (Felcra) turut menjadi mangsa serangan politik pihak pembangkang sebelum ini.
“Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan jika pembangkang menganjurkan Konvensyen Warga Felda 2017 di Shah Alam hari ini. Saya percaya konvensyen itu diadakan bagi mencari kelemahan dan mengkritik Felda bagi menjayakan agenda politik mereka.
“Mereka hanya memikirkan undi, bukannya mahu memba­ngunkan agensi itu dan agensi-agensi lain di bawah Kerajaan Pusat ketika ini. Saya yakin serangan sedemikian akan diteruskan oleh pihak pembangkang,” katanya selepas merasmikan Program Agropreneur Muda Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat hari ini.
Dalam pada itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang sebaliknya membuat penilaian sendiri terhadap usaha Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri membangunkan ekonomi negara serta taraf hidup rakyat dengan meneroka peluang -peluang pelaburan baharu.
“Pembangkang mungkin berasa tidak senang dengan usaha kerajaan menarik pelaburan dari luar yang akan memberi impak positif kepada rakyat.
“Mereka mungkin mahu rakyat berasa tertekan dan cuba melemahkan ekonomi negara dengan melemparkan pelbagai tohmahan tertentu supaya mereka boleh mengambil alih kerajaan daripada BN,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana