PAS relaks…tapi musuhnya lompat ‘rayakan’ kerajaan tak jadi bentang RUU355

Betulkah PAS sudah kena main dengan UMNO dalam isu RUU355 ekoran keputusan konsensus mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Rabu malam kerajaan tidak akan bentangnya di Dewan Rakyat?
 
Melihat secara sepintas lalu dan tanpa usul periksa begitulah nampaknya.
 
Ini yang mungkin membuatkan puak yang geram melihat PAS dan UMNO mesra sikit kebelakangan ini ‘raya sakan’ menyambut keputusan Dewan Tertinggi BN itu.
 
Maka menjeritlah mereka termasuk di media sosial ‘PAS kena main dengan UMNO…sejarah berulang’ dan macam-macam lagi.

Antara yang awal keluar kenyataan buat dakwaan seumpama itu ialah Pemuda PKR Selangor.

Ketua Biro undang-undang pergerakan itu Muhd Harris Idaham dalam satu kenyataan dkwa PAS terperangkap dalam janji manis UMNO.
 
Anihnya pimpinan PAS setakat ini nampak ‘cool’ saja hadpai perkembangan terbaru ini.
 
Orang yang faham politik tentu tahu situasi sebenar dalam soal ini.
 
Cuba tanya Pakatan Harapan yang ada empat anggota gabungan PKR-DAP-PAN-PPBM apakah ia boleh buat satu keputusan besar tanpa konsensus kesemua mereka.
 
Tak kira apapun sudah tentu timbul pertelagahan dalaman antara mereka.
 
Kalau mereka sendiri tidak berani ambil keputusan tanpa konsensus apa nak memekak bila Dewan Tertinggi BN buat keputusan konsensus tidak mahu kerajaan bentangkan RUU355 di Dewan Rakyat.
 
Keputusan konsensus itu dibuat dalam lingkungan gabungan BN.
 
Itu adalah aturan dan adat dalam gabungan beberapa parti.
 
UMNO sebagai sebuah parti tentu ada pendirian sendiri dalam hal RUU355.
 
Lagipun keputusan Dewan Tertinggi BN itu tidak hingga menyebabkan RUU355 terpaksa digugurkan dari aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat.
 
Ia masih kekal dalam urutan sidang Dewan Rakyat.Cuma ia kini kekal dalam bentuk asal sebagai usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam reaksinya dilaporkan kata beliau tidak nampak UMNO main PAS bila mesyuarat BN putus kerajana tidak bentang RUU355.
 
Katanya dari awal PAS tahu ia adalah usul persendirian Presiden PAS yang harus dipikulnya sendiri.
 
Beliau rasa Perdana Menteri menghadapi tekanan dari parti komponen BN lain dalam keputusan mesyuarat Rabu malam.
 
Apapun beliau yakin para Ahli Parlimen UMNO akan tetap sokong PAS dalam hal RUU355.
 
Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan tidak tunjuk sebarang reaksi marah pada keputusan Dewan Tertinggi BN.
 
Menerusi kenyataan pagi Khamis beliau telah memberi prespektif yang menarik.
 
Katanya keputusan Dewan tertinggi BN itu tiak menjejaskan apa-apa.
 
“Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen”,katanya.
 
Beliau juga menyentuh mengenai usaha musuh politik PAS mencaras kononnya PAS menjadi mangsa "game" UMNO dan BN.
 
“Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen? Bukankah UMNO menyokong? Maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS.
 
“ Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh Umno. Pada mereka, serba tidak kena,”katanya.
 
 
 
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NASRUDIN HASSAN:
 
PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-13  dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya.
 
Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan.
 
Pada 17 Mac 2017 yang lalu, YAB TPM Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasionallah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut.
 
Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini.
 
Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula "take over".
 
Semalam 29 Mac 2017, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya.
 
Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen.
 
Hanya beza jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang Diertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan.
 
Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa "game" Umno dan BN. Entahlah, mana satu yang betul?
 
i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh Umno dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen? Bukankah Umno menyokong? Maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS.
 
ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh Umno. Pada mereka, serba tidak kena.
 
Sikap PAS tidak berubah. Persediaan PAS tidak terjejas. Kedua-dua menjadi option yang boleh dipertimbangkan. PAS sejak awal memperjuangkannya.
 
i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.
 
ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang.
 
iii- Maka PAS sedia untuk bentang Pindaan Akta 355 dan terus bersedia untuk membentang dan membahaskannya pada bila-bila masa.
 
Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera
 
Nasrudin Hassan
30 Mac 2017 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana