PAS MAHU TAWAN SELANGOR TIADA KENA MENGENA DENGAN AZMIN – NIK ABDUH

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak emosional berhubung kenyataannya mahu merampas Selangor, baru-baru ini.
Nik Mohamad Abduh sebaliknya berkata, status dimuat naik di Facebook pada Isnin lalu yang berbaur sindiran itu bukan ditujukan kepada PKR, sebaliknya kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang bercita-cita tinggi menawan Kelantan.
Katanya, sekiranya Mohamed Azmin menghormati hubungan PKR dengan PAS yang masih terjalin, beliau (Mohamed Azmin) perlu menegur PAN terlebih dahulu sebelum mengkritiknya.
“Saya sindir untuk tujukan kepada PAN kerana parti itu beriya-iya mahu menawan Kelantan. Sepatutnya sebelum Azmin respon kepada status saya, beliau sebaliknya nasihatkan PAN.
“Malah, jika dia tidak selesa dengan saya, Mohamed Azmin sepatutnya dari awal lagi tidak selesa dengan kenyataan PAN yang berulang kali mengeluarkan kenyataan mahu menawan Kelantan.
“Apa yang peliknya, apabila pakatan pembangkang menyerang PAS, PKR atau Timbalan Presiden PKR itu hanya mengambil langkah berdiam diri dan pada masa sama menghantar wakil untuk berceramah sepentas dengan PAN di Kelantan,” katanya.
Selasa lalu, Mohamed Azmin menerusi Twitternya menyindir Nik Mohamad Abduh dengan menulis kenyataan: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana