PAS MAHU AMBIL BALIK KERUSI PKR DI SELANGOR

Pas mahu mengambil balik kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Selangor termasuk Parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan Pas di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi de­ngan parti itu.
Tindakan itu sekali gus akan memberi tamparan hebat kepada Mohamed Azmin yang sebelum ini di­kecam oleh akar um­bi parti itu selepas mengeluarkan kenya­taan menyindir Ke­tua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kalah pada pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, parti mempunyai strategi tersendiri untuk menguasai Selangor meskipun Mohamed Azmin menyindir Pas berhubung perkara berkenaan.
ZUHDI MARZUKI
Walau bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada status hubungan tahaluf siyasi de­ngan PKR yang dijangka diputuskan pada muktamar tahunan parti nanti.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hu­bungan Pas dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Kampung Cherang di sini malam tadi.
Selasa lalu, Timbalan Presiden PKR itu menerusi Twitternya menyindir Nik Mohamad Abduh ekoran kekalahan Ahli Parlimen Pasir Mas itu dengan menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana