PAS mahu ambil balik kerusi Parlimen Gombak...

PAS mahu mengambil balik kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Selangor termasuk Parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi de­ngan parti itu.
Tindakan itu sekali gus akan memberi tamparan hebat kepada Azmin yang sebelum ini dikecam oleh akar umbi parti itu selepas mengeluarkan kenyataan menyindir Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kalah pada pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, parti mempunyai strategi tersendiri untuk menguasai Selangor meskipun Azmin menyindir PAS berhubung perkara berkenaan.
Walau bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada status hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dijangka diputuskan pada muktamar tahunan parti nanti.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubungan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hubungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Selangor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Kampung Cherang Kota Bharu Khamis malam.
Selasa lalu, Timbalan Presiden PKR itu menerusi Twitternya menyindir Nik Mohamad Abduh ekoran kekalahan Ahli Parlimen Pasir Mas itu dengan menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment