Nasib Muhyiddin... ideanya berkecai sebelum sempat dibahas

Kasihan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin... orang putih kata bad luck, ada saja yang tak kena dengan langkah politiknya selepas mengkhianati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti keramat UMNO.
Yang terbaru cadangannya untuk mengetuai Pakatan Harapan ditolak mentah-mentah oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Cadangan yang baru dilontar dalam ceramah itu  mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ketuai Muhyiddin menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan.
Untuk rekod PPBM ada satu kerusi Parlimen iaitu yang dipegang oleh Muhyiddin sendiri. Kerusi Parlimen Pagoh.

Menurut Azmin, walaupun beliau memahami hasrat parti itu untuk menarik orang Melayu dan mewujudkan partinya sebagai alternatif kepada UMNO, tegas beliau, semua pihak dalam PH terikat dengan rangka kerja dan dasar gabungan itu.

"Kami menghormati pandangan dari semua parti komponen dan dalam kes PPBM, saya memahami hasrat mereka, kerana PPBM sedang meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada Umno.

"Isu PPBM cuba untuk merampas perjuangan Pakatan Harapan tidak timbul," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen PKR Kedah/Perlis Ahad.

Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas Sabtu malam mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata adalah penting PH diketuai parti berteraskan Melayu untuk mendapatkan keyakinan rakyat.

Bagaimanapun beberapa pemimpin PH berpendapat tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk mengetuai PH dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat kerana setiap parti mempunyai peranan yang sama penting.

Sementara itu DAP akan mendapatkan penjelasan Muhyiddin bersabit kenyataannya itu.

"Saya rasa lebih baik saya dapatkan pengesahan, kadang-kadang laporan media itu tidak tepat.

"Kita pun belum mesyuarat lagi jadi biarlah kita pastikan ini laporan tepat bukanlah satu permainan oleh laporan media Barisan Nasional untuk melaga-lagakan sesama kita," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dipetik Astro Awani.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menegaskan PH sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan setakat ini, perkara itu tidak berubah.

Dalam pada itu, Guan Eng juga berkata PH memutuskan untuk mengekalkan nama gabungan itu, namun bersedia mendengar syor Muhyiddin yang mencadangkan nama PH ditukar kepada Barisan Rakyat.
 
Bagaimanapun ujarnya, mesyuarat akan datang yang membabitkan empat parti termasuk PPBM yang akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan tersebut.

Muhyiddin, presiden PPBM dilaporkan berkata, jika semua parti dalam PH bersetuju, pakatan pembangkang semasa boleh ditukar kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment