‘MACAM PIKUL BIAWAK HIDUP’ – HAJI HADI

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berpendirian partinya tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) disebabkan ramai pimpinan mereka dilabel sebagai anti-Islam.
Menurut beliau, idelogi PH bercanggah dengan idelogi parti Islam itu.
“Pas tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya.
“Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oportunis.,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata partinya juga tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) yang didakwa dibebani masalah serta dasar yang berlainan.
“Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN sudah keluar dan menyertai PH.
“Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah,” katanya bekas Menteri Besar Terengganu itu.
PAS kini bersama gabungan blok pembangkang ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada Ikatan dan Berjasa.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment