Jangan buat spekulasi kerajaan tidak bentang RUU 355: Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meminta jangan dibuat spekulasi berhubung keputusan kerajaan tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
 
Katanya kerajaan tidak mengambil alih peranan dan tanggungjawab PAS dalam mengemukakan RUU Persendirian itu sekaligus satu bukti bagaimana dan betapa konsistennya amalan dan tradisi Barisan Nasional (BN) dalam memutuskan sesuatu perkara.
 
“Ini adalah antara kunci kekuatan BN di mana solidarity party sentiasa di utamakan dalam  suasana saling menghormati antara sesama parti komponen. Keputusan di buat secara konsensus BN,” katanya.
 
Beliau mengulas keputusan Dewan Tertinggi BN semalam yang memutuskan kerajaan tidak akan membentang RUU 355 sebaliknya kekal sebagai RUU Persendirian Ahli Parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terserah Speaker untuk menentukan bila dibentagkan serta bergantung kepada aturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Menurut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, keputusan itu membezakan barisan pro rakyat atau BN dengan pakatan pro DAP atau Pakatan Harapan.
 
“Keputusan ini juga sekali gus melambangkan betapa kerajaan BN dan Parlimen begitu menjunjung hak dan kebebasan setiap ahli parlimen,” katanya.
 
Tegas beliau, sekarang bola tetap di kaki PAS yang masih ada gabungan dengan PKR.
 
“Mereka yang selama ini “pejuang Islam” yang dahulu bersama PAS, maka ini ujian buat PAS. Kita bakal lihat sejauh mana solidariti  sesama  mereka sama ada tulin dan dipertahankan.
 
Bagaimanapun menurut Annuar, pendirian rasmi UMNO/BN terhadap bill persendirian itu i belum dibuat lagi.
 
“Ini kerana masih banyak perkara dan prosedur yangg perlu dilalui dalam menggubal sesuatu akta. Kata perumpamaan Inggeris “”we shall cross the bridge when come to it,” jelas beliau.
 
Sementara itu ujarnya, Hadi mempunyai kuasa dan hak untuk memberi penjelasan kepada masyarakat, parti rakan kongsi mereka dan pihak-pihak lain berhubung RUU 355 supaya mereka mendalaminya sebelum menentukan sama ada bersetuju atau sebaliknya.
 
“Tidak perlu membuat spekulasi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana