Isu tunjuk sebab kepada 5 guru hentam kerajaan : Tolong jangan berlagak pijak semut pun tak mati…

Seronok juga tengok kononya ‘sifat prihatin’ sebilangan pemimpin pembangkang yang tampil memekak pertikai kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Isnin mengenai surat tunjuk sebab kepada lima orang guru yang naik pentas politik pembangkang untuk hentam kerajaan.
 
Kata orang nak berlakon tunjuk baik untuk kumpul political milage dikalangan warga pendidik pun agak-agaklah.
 
Jangan buat macam semua orang buta,tak baca berita, tidak pergi sekolah dan tidak tahu membezakan situasi sebenar.
 
Maka berdegarlah mereka menjerit mengenai bab-bab dibawah perlembagaan negara yang jamin kebebasan bersuara.
 
Sebaliknya jika baca betul-betul kenyataan menteri itu kepada wartawan di Kuala Lumpur beliau dengan jelas sebut sebab surat tunjuk sebab diberi kepada mereka.
 
Katanya dalam sebuah negara demokrasi tiada masalah sesiapa mau sokong sesiapa.
 
"Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan 'engagement' sekiranya mereka mahu mendengar.
 
“Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.
 
"Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,"kata Mahdzir.
 
Ewah...Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Selangor Dr Siti Mariah Mahmud sedap mulut cakap menteri UMNO itu sepatutnya tidak mencampuri urusan guru di luar waktu sekolah, sebaliknya memberikan keutamaan dengan menumpukan perhatian kepada usaha membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
 
Ketua Wanita PAN anggap kenyataan itu satu bentuk ancaman dan ugutan awal supaya guru tidak terlibat dengan program parti pembangkang atau bersedia menerima padah.
 
ARMADA Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kenyataan dakwa Mahdzir mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan hitam putih peruntukan negara sekaligus mencabul hak selaku warga hanya semata bertentangan ideologi politik dan mengkritik demi penambahbaikan sistem di tanah tercinta Malaysia.
 
Kata kenyataan itu Pekeliling Perkhidmatan telah memperuntukan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan menganggotai atau terlibat secara langsung dalam politik malah dibenarkan untuk bertanding atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan & Professional (P&P) pula hanya dibenarkan menjadi ahli biasa.
 
“Malah Perkara 10 Perlembagaan Malaysia turut memelihara hak bersuara 5 guru ini sepertimana yang termaktub dalam (1) (a)  tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
 
“ARMADA PPBM menyelar tindakan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dianggap bercanggah dengan demokrasi berbanding kenyataan yang dimaklumkan beliau.
 
“Di manakah letaknya demokrasi seperti yang dicanang menteri apabila melarang guru untuk mengkritik setelah tiada ruang untuk menyatakan kebenaran?.
 
Kenyataan-kenyataan yang retorik macam ini memang indah.
 
Semua orang tahu dalam kerajaan bukan semua kakitangan kerajaan sokong kerajaan.
 
Juga semua orang tahu bukan semua kakitangan kerajaan dalam kerajaan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor yang sokong kerajaan negeri itu.
 
Cuba tanya Ketua Menteri Lim Guan Eng apakah beliau hanya akan tersenyum riang goyang kaki kalau dapat khabar ada pegawai atau kakitangan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) atau atas pentas ceramah BN hentam kerajaan pimpinannya.
 
Atau kakitangan Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) atau mana-mana agensi kerajaan negeri lain buat begitu.
 
Selepas itu cuba pula tanya Datuk Seri Azmin Ali sanggupkah beliau senang hati pasang telinga jika ada kakitangan Perdabanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atau mana-mana agensi kerajaan negeri naik pentas BN kutuk pimpinanya.
 
Jawabnya memang haru biru sistem pentabiran negeri jika hal seperti itu berleluasa berlaku.
 
Silap haribulan Dr Mariah dan ARMADA PPBM muncul sebagai pihak pertama mengecam dan mengutuk tindak tanduk kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.
 
Cakap bab orang lain dan sembang tepi longkang memang mudah.

Realitinya adalah jauh berbeza.
 
Apakah mereka lupa bagaimana kisah mula bagaimana ada pimpinan PAS habis kena tendang dari jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang bila mereka tunjuk kritikal pada kerajaan Guan Eng.
 
ARMADA PPBM juga boleh teropong balik sewaktu zaman 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad apakah ada kakitangan kerajaan dibenar naik atas pentas ceramah pembangkang untuk hentam kerajaan.
 
Siapa yang ada pengalaman berdemo zaman Reformasi tentu ingat bagaimana kena gas pemedih mata dan dikejar FRU.
 
Ini belum lagi yang kena ISA dan sebagainya.
 
Tidak perlulah nak buat-buat pijak semut pun tidak mati.
 
Dalam sejarah semua tercatat.Ingatan orang masih segar.
 
Nak ambil contoh di luar negara pula.Bagi mereka yang memuja kehebatan Presiden Recep Tayyip Erdogan tentu boleh ingat bahawa selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal pada Julai  2016 kerajaan Turki telah memecat sejumlah 10,131 penjawat awam.
 
Kebanyakannya daripada kementerian pendidikan, kehakiman dan kesihatan.
 
Itu belum masuk pemecatan ribuan lain termasuk dalam tentera.
 
Dalam pada itu sekitar 35,000 orang ditahan ekoran peristiwa yang gempar itu.
 
Apakah Erdogan tidak demokratik dan melanggar kebebasan bersuara kerana mengambil tindakan tegas itu?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment