ISTERI GUAN ENG : RIZAL MINTA ADUN DAP MINTA MAAF, ATAU DIA AKAN….

Pegawai khas di pejabat perdana menteri, Datuk Rizal Mansor hari ini menuntut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin memohon maaf kerana mengatakan beliau berbohong.
Jika gagal untuk berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang, jelas Rizal dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya.
“Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dengan peranan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung Pusat Anak Permata Negara (PERMATA).
“Selain itu, Yeo juga langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property.
“Saya masih menunggu komen Yeo untuk menjawab adakah Betty Chew pernah menjadi pengarah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang,” katanya lagi.
Isu pelantikan Chew sebagai ketua majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah PCCC pernah mencetuskan kontroversi kerana status beliau sebagai isteri Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, pengerusi hal ehwal tanah dan pengerusi jawatankuasa perancangan negeri.
Pelantikan itu turut menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri didakwa mempunyai hubungan rapat dengan PCCC.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, bukankah sudah jelas ada konflik kepentingan dengan Chew yang mempunyai kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah ketua menteri serta exco.
“Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti, Yeo lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini.
“Sebaliknya, Yeo telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Chew telah menolak tawaran dari PCCC sebaik saja dimaklum hal itu,” katanya.
Sambil melampirkan beberapa laporan media yang berkaitan, tambah Rizal, pengerusi PCCC telah mengesahkan Chew pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu.
“Berdasarkan laporan-laporan media, Chew telah bersetuju dengan tawaran jawatan itu dan hanya menolak selepas dikritik hebat.
“Ia sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Yeo yang kononnya Chew telah menolak tawaran jawatan itu dengan segera sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya,” jelasnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment