Ismail sedia hadap Muhyiddin... tak timbul isu lawan cikgu

Pagoh sudah pasti antara lokasi panas menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti.
Ramai yang dok intai apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Ahli Parlimen sejak sekian lama akan beralih angin ke kerusi lain.
Setakat ini, Pagoh nampak tidak terkesan sangat dengan move Muhyiddin tubuh parti baru selepas dipecat dari UMNO.
Sekurang-kurangnya tidak macam Permatang Pauh yang satu ketika dulu terpaksa digantung selepas semua AJK meletak jawatan demi solidariti pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kes Muhyiddin, pemangku Ketua Bahagian UMNO Pagoh, Ismail Mohamed sedia berdepan dengan bekas bosnya dalam pilihanraya umum akan dayang.
Ismail yang juga merupakan ADUN Bukit Serampang berkata,dia akur sekiranya perlu berhadapan dengan Ahli Parlimen Pagoh itu ataupun bertanding di kawasan lain.
“UMNO Pagoh yakin sokongan masyarakat terhadap parti masih utuh walaupun bekas ketua bahagiannya telah mewakili parti lain.
“Ini kerana masyarakat setempat menolak pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat cenderung untuk menjalin kerjasama dengan pembangkang, khususnya DAP,” ujar.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pertanian Bandar 2017 di Johor Bahru, Selasa.
Isu anak murid lawan cikgu tidak timbul sama sekali, "katanya.
Ismail berkata UMNO Pagoh kekal kukuh tanpa Muhyiddin yang dipecat daripada UMNO dan menubuhkan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
"Kami mempunyai 106 cawangan di UMNO Bahagian Pagoh dengan kira-kira 20,000 ahli, dan hanya 2,000 hingga 3,000 ahli-ahli kami menyertai Pribumi," kata Ismail.
Beliau berkata, fokus utama untuk UMNO Pagoh adalah "untuk merapatkan barisan dan mengukuhkan jentera parti" untuk menghadapi pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang tahun depan.
Bukit Serampang adalah satu daripada tiga kerusi negeri di kawasan Parlimen Pagoh.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment