BN lawan semua calon PH termasuk Mahathir...

Barisan Nasional (BN) bersiap siaga lebih 100 peratus untuk menentang semua calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata persiapan termasuk di peringkat akar umbi itu dilakukan susulan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang membuat pusingan-U apabila menyalahkan UMNO kerana gagal mengurus tadbir negara dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib adalah bahtera kepada UMNO dan BN. Semua ahli parti termasuk di peringkat akar umbi perlu mempertahankan beliau bagi mengelak berlakunya kebocoran 'kapal' sehingga menyebabkan karam.
"BN akan menentang semua calon daripada PH termasuk Tun Dr Mahathir yang dikhabarkan akan bertanding pada PRU-14 akan datang berdasarkan amalan demokrasi," katanya yang juga Menteri Pendidikan di Kuala Terengganu pada Ahad.

Mengulas mengenai program debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Dr Mahathir yang dijadualkan 7 April depan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, terpulang kepada pihak penganjur sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya.
"Pendapat peribadi saya, program sesi Laksa dan Cendol yang diadakan antara Mohamed Nazri dan dan Dr Mahathir semalam sudah memadai, tetapi terpulanglah kepada penganjur dan dua pemimpin itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana