APA PANDANGAN ANDA!!!!! HAD LAJU LEBUHRAYA AKAN DINAIKKAN KEPADA 130 KILOMETER SEJAM

Kementerian Kerjaraya akan berbincang de­ngan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk mengkaji cadangan menaikkan had laju lebuh raya kepada 130 kilometer sejam (km/j).
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian akan memaklumkan cadangan tersebut kepada JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi memberi pandangan berkenaan aspek keselamatan.
Katanya, setakat ini bentuk jalan raya di negara ini adalah sesuai untuk kelajuan maksimum 120 km/j.
“Dalam konteks had laju jalan raya bukan sahaja ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), tetapi dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan melalui JKJR dan Miros yang memberi pandangan dari sudut keselamatan.
“Oleh itu, jika dirundingkan bersama dengan JKJR dan sekiranya dipersetujui, maka baru kita boleh pertimbangkan cadangan (had laju) ini.
“Walau bagaimanapun, kita akan maklumkan cadangan ini kepada JKJR supaya kita dapat membuat kajian baru dalam perkara ini,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai ka­dar tol lebuh raya, Fadillah ber­kata, kementerian sedang mengkaji semula semua konsesi yang berhubung kait dengan lebuh raya di negara ini.
Katanya, hasil rundingan yang telah dilakukan kerajaan, kadar tol lebuh raya pada ketika ini adalah lebih murah daripada perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.
“Kita kena ingat berdasarkan perjanjian lama, kadar tol tidak sama dengan yang ada sekarang. Kadar tol lebuh raya adalah lebih murah daripada yang termaktub dalam perjanjian,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment