Annuar Musa, Kit Siang perlu debat, cadang Tony Pua...Sokong 100%...Jangan Main Dengan Annuar Musa

Tidak perlu pertandingan dengan ganjaran RM10,000 untuk buktikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai rasis, anti-Islam tetapi dengan berdebat.
 
Itu cadangan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk Kit Siang dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyelesaikan perbalahan antara mereka.
 
Terdahulu, Annuar mengumumkan menganjurkan pertandingan untuk rakyat Malaysia membuktikan Kit Siang sebagai seorang rasis dan anti-Islam menerusi laman sosial seperti blog ataupun Instagram.
 
Pemenang berpeluang membawa balik ganjaran berupa wang RM10,000.
 
"Saya cabar Annuar Musa, jika dia percaya Kit Siang benar-benar menganiayai orang Melayu, menghina orang Melayu, biarlah satu perbahasan antara Kit Siang dan Annuar Musa diadakan.
 
"Saya rasa itu (tindakan Annuar) hanya untuk kempen dan tindakan tersebut hanyalah propaganda (Umno) terhadap DAP dan Kit Siang," ujarnya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
 
Perbalahan antara Annuar dan Kit Siang tercetus selepas bekas calon presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) itu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik.
 
Ujar Annuar, label sebegitu diberikan bersandarkan fakta dan pengalamanya sepanjang berkecimpung dalam dunia politik. 
 
Berang dengan tuduhan berkenaan, Kit Siang kemudiannya membalas tuduhan dengan berkata Annuar sebagai 'bapa segala rasis'.
 
Kit Siang juga mencabar Annuar mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
 
Annuar dalam respon segera berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana