Peguam cabar tunjuk bukti RUU 355 bercanggah perlembagaan....Syabas Peguam Muslim Malaysia

Tunjukkan dimana usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Akta 355 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, cabar Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
 
Beliau juga meminta pihak yang menentang usaha memperkasakan bidang kuasa perundangan Islam itu menjawab persoalan, mengapa usaha meminda akta tersebut langsung tidak dibantah pada 1984?
 
"Ada yang bertanya mengapa pindaan akta 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? 
 
"Saya bertanya kepada mereka, jika ia bercanggah dengan perlembagaan, tunjukkan dimana bercanggah.
 
"Mengapa pada 1995 ketika akta ini hendak digubal tidak ada isu percanggahan perlembagaan? Mengapa 1984 isi perlembagaan tidak langsung timbul? 
 
"Mengapa 1988 ketika akta ini dipinda dan diperluas kepada Sabah dan Sarawak, isu perlembagaan ini tidak langsung timbul. Tetapi mengapa pada tahun 2016 dan 2017 isu perlembagaan ini baru ditimbulkan?," soalnya di Ceramah Pra Himpunan 355 Peringkat Negeri Selangor, malam tadi.
 
Zainul menambah sikap yang ditonjolkan segelintir pihak yang menentang cadangan pindaan RUU 355 ini adalah kerana tidak memahami dasar perundangan negara, apatah lagi yang berkaitan kepentingan memartabatkan syariah Islam.
 
Beliau juga menyentuh kegusaran bukan Islam kononnya Akta 355 jika diluluskan Parlimen suatu masa nanti menyebabkan golongan berkenaan terkena 'tempias' pindaan itu.
 
"Sekurang-kurangnya empat tempat di dalam undang-undang menyatakan jelas bidang kuasa mahkamah syariah ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja," ujarnya dipetik portal Antarapos.
 
Zainul, dalam ucapannya juga menolak persepsi sekularisme yang kononnya diamalkan di Malaysia yang kemudiannya akan terjejas dengan pindaan RUU 355 jika diluluskan nanti.
 
"Sekali lagi saya hendak bertanya jika ada yang kata Malaysia sebagai negara sekular. Lihat Perkara 183 di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dimanakah wujudnya perkataan sekular di dalam perlembagaan? Tidak langsung wujud perkataan sekular. 
 
"Namun jika kita baca sejarah atau Laporan Suruhanjaya Reid, parti Perikatan atau kini dikenali Barisan Nasional (BN), mencadangkan Perkara 3 Perlembagaan Persektuuan merangkumi Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain bebas diamalkan dengan bebas dan aman, serta ketiga ciri-ciri sekular negara tidak terjejas.
 
"(Bagaimanapun) Yang tidak menejaskan sifat sekular itu ditolak. Bermakna sejak awal penubuhan Tanah Persektuuan Tanah Melayu, ciri-ciri sekular ditolak oleh Suruhanjaya Reid dan Raja-raja Melayu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana