MAHFUZ OMAR MINTA SEMUA PEMIMPIN PAS SELANGOR LETAK JAWATAN

Berikutan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak perlu menunggu sebulan untuk memberi jawapan terhadap tawaran Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk PAS menyertai Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar cuba menegaskan bahawa PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR.

Ini kerana katanya, PAS sudah lama mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah malah menandatangani perjanjian kerjasama politik untuk menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah,” katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan secara perinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.

Mahfuz mendakwa PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.

Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan PAS seharusnya menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

“Adakah ini bermakna PAS perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan exco, ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Adalah lebih baik untuk PAS mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Sudah sampai masanya Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden Pas dan rakan-rakan exco kerajaan negeri dari Pas melepaskan jawatan exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan,” katanya.

Justeru beliau cuba menegaskan berdasarkan keputusan PAS itu, semua parti pembangkang boleh merumuskan bahawa akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Dalam pada itu, Mahfuz cuba menyeru semua parti termasuk PAS perlu tumpu kepada usaha pujuk rayu rakyat untuk menolak Umno-BN pada PRU14 nanti, bukannya buang masa dengan agenda pujuk rayu untuk PAS menyertai gabungan pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL