KETIRISAN KERAJAAN SELANGOR AKAN JAMAL BONGKARKAN

Gabungan NGO Malaysia membawa keranda di hadapan pintu masuk utama SUK di sini sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berhubung dakwaan penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.
Pengerusinya, Dato Sri Jamal Md. Yunos tiba dipintu masuk utama SUK kira-kira pukul 11 pagi ini dengan memandu van jenazah. Setibanya di pintu masuk, beliau mengusung keranda dan cuba memasuki perkarangan bangunan itu tetapi dihalang oleh pihak keselamatan.
Ketika Jamal membuat ucapan di depan pintu utama SUK, sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong kerajaan PKR Selangor cuba membuat provikasi terhadap ucapan Jamal sehingga menimbulkan kekecohan.
Namun keadaan berjaya dikawal dan Jamal mendengar arahan anggota polis yang meleraikan perhimpunan itu dan mengarahkan Jamal supaya pulang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment