Itu Belum Berkuasa Lagi Tu.....Kit Siang Diminta Hormat Wartawan

Pemantau media, Gerakan Media Marah (Geramm) menggesa Lim Kit Siang supaya menghormati kebebasan akhbar selepas berlaku pertikaian antara veteran DAP itu dengan seorang wartawan TV3.
Perbalahan berlaku pada sidang media yang diadakan di rumah bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pada Selasa, di mana Kit Siang dilihat marah dengan wartawan itu yang mengajukan soalan kepadanya.
Ketika kejadian, Kit Siang jelas hilang sabar apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil 'nada berbeza' dalam isu skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd (BMF) dan pertukaran asing sekiranya tidak menjalankan kerjasama politik dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kit Siang berulang kali menuduh wartawan berkenaan membuat 'tuduhan tidak berasas' diiringi ejekan oleh tetamu yang hadir apabila mengetahui bahawa wartawan berkenaan adalah dari TV3.
Kit Siang juga tidak memberi peluang untuk wartawan itu mempertahankan dirinya.
"Geramm dengan ini menegaskan bahawa setiap wartawan mempunyai hak untuk bertanya dan menjalankan tugas tanpa diganggu," kata Geramm dalam satu kenyataan, Selasa.
"Sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media yang hanya menjalankan tugas mereka," katanya.
Dalam pada itu Geramm juga menggesa semua pihak supaya tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan daripada media berkenaan.
Ini susulan tindak balas Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga anak Kit Siang, Lim Guan Eng, yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar News Straits Times dan Berita Harian yang didakwa sebagai fitnah.
"Geramm menghormati hak mana-mana ahli politik untuk menuntut keadilan dari pihak media melalui proses undang-undang.
"Pada masa yang sama, kami turut ingin mengingatkan agar tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan dari media yang berkenaan," katanya.
Geramm juga menggesa pihak sidang pengarang syarikat penerbitan mematuhi etika kewartawanan dan melaporkan dengan tepat, telus dan jelas agar kredibiliti mereka tidak terus terhakis dalam era pembaca yang lebih bijak mencari maklumat.
Geramm adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.
"Geramm sekali-kali tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi berusaha bersama mereka yang giat mahu menjadikan kewartawanan Malaysia boleh dibanggakan demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana