AZMIN MALU SEBAB GAGAL MEMUJUK PAS

Dalam pada dia cuba nak sembunyikan ke-GAGAL-an dia memujuk PAS supaya kembali bersama Pakatan, maka terpaksa la Si Menteri Besar Selangor ni ‘Main Wayang’ memuji tindakan PPBM.
Jika sebelum ini, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri melihat yang Si Menteri Besar Selangor ni masih cenderung memberi sokongan kepada PAS walaupun parti itu tidak bersama Pakatan.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Menteri Besar Selangor tu dilihat tidak mengendahkan lansung desakan yang telah dibuat oleh DAPigs dan PAN untuk menyingkirkan PAS.
Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat masih enggan berganjak dari keputusan yang telah dibuat untuk mengekalkan PAS sebagai sebahagian daripada pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.
Ramai yang berpendapat, Si Menteri Besar Selangor tu terus cuba untuk mendekati PAS dan memujuk parti itu agar kembali menjalinkan kerjasama Politik dengan puak Pakatan Haprak tu.
Ini kerana Si Menteri Besar Selangor itu sebelum ini memang dilihat cukup rapat dengan PAS sehingga menyebabkan dia mampu untuk merampas jawatan Menteri Besar dari Presiden partinya sendiri.
Malah kedudukan serta jawatan yang disandangnya pada ketika ini adalah hasil daripada bantuan PAS yang enggan terjebak dengan agenda perlaksanaan Langkah Kajang yang direncanakan oleh Rafizi.
Maka, atas dasar itu, ramai yang menyifatkan Si Menteri Besar Selangor itu terhutang budi dengan PAS sehingga menyebabkan dia keberatan untuk menggugurkan PAS dari pentadbiran Rejim pimpinannya.
Namun ternyata, hubungan rapat Si Menteri Besar Selangor itu dengan PAS tidak mampu membuatkan dia mempengaruhi parti itu agar mengubah pendirian yang telah dibuat sebelum ini.
Ke-GAGAL-an Si Menteri Besar Selangor tu mula dilihat apabila PAS tetap mahu meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar sebelum ini.
Bahkan dia juga dilihat mula kecewa dengan kedegilan PAS apabila mendakwa parti itu mengamalkan dasar Politik ‘Kuku Besi’ dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan secara terbuka baru – baru ini.
Jadi, tak heran la kenapa hari ini Si Menteri Besar Selangor tu mengeluarkan kenyataan bahawa partinya mengalu – alukan usaha pemimpin PPBM untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS. Sebab selama hari ini, dia GAGAL untuk melaksanakannya!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana