AZMIN ALI TAKDA WHATSAPP?Nak Cover Malu Kot

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mat Shuhaimi Shafie menafikan Mohamed Azmin Ali hanya bergurau berhubung dakwaannya ada menteri kanan akan meletak jawatan. 
Mat Shuhaimi berkata, cetakan skrin kononnya perbualan Azmin yang kini tersebar adalah tidak benar kerana Menteri Besar Selangor itu tidak mempunyai aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbitnya. 
“Ini sudah masuk fasa fitnah oleh pihak-pihak tertentu pula ni, …itu budak-budak nakal mana yang create (cipta),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda. 
“Menteri Besar tiada WhatsApp. Cetakan skrin itu pun sudah tak betul. Saya lebih tahu gaya bahasa dia (Azmin),” katanya ketika dihubungi. 
Ditanya adakah kenyataan Azmin mengenai menteri kanan itu benar, Mat Shuhaimi menjawab ringkas: “Betul,” tetapi tidak mengulas lanjut. 
Semalam, Mohamed Azmin, melalui Twitter, membuat kenyataan “Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana