Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan

Selepas Datuk Seri Najib Razak, kini giliran Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula mengecam Datuk Seri Azmin Ali berhubung isu peletakan jawatan menteri kanan yang dinyatakan menteri besar Selangor itu.

“Saya pun ada dengar dia nak letak jawatan menteri besar Selangor! Saya dengar dia akan letak jawatan. Jadi, samalah.

“Saya (memang) berbohong tapi saya beritahu kamu. Ini pembangkang tak guna,” katanya di majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Flat Seri Penara, Bandar Tun Razak hari ini.

Tengku Adnan adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Petang semalam Azmin mencetuskan tanda tanya apabila mendakwa ada seorang menteri kanan “telah meletak jawatan” tetapi dia tidak mendedahkan sebarang identiti tokoh terbabit.

Kata timbalan presiden PKR itu, tindakan berkenaan dibuat kerana tokoh terbabit “tidak mahu bersubahat dengan 1MDB”.

Ia mencetuskan pelbagai spekulasi dan beberapa nama menteri kanan – terutama dari parti Umno – disebut-sebut.

Malam tadi perdana menteri mengesahkan tiada mana-mana menteri memberitahunya ingin meletak jawatan.

Kecuali Azmin mendedahkan nama menteri dimaksudkan itu, kata Najib, menteri besar Selangor itu akan dianggap berbohong.

Namun Azmin bertegas dengan kenyataan itu.

Katanya, menteri terbabit memaklumkan sendiri keputusannya meletak jawatan dan identiti tokoh berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Dalam tweet beliau menjelang tengah malam tadi, sekali lagi Azmin seakan-akan mengusik Najib.

“Jangan terlalu teruja @NajibRazak. Bertenang. Kebenaran akan terserlah,” katanya.

Azmin juga menulis selepas itu: “Baru tanya pun dia nak panic. Apa maksudnya?”

Tengku Adnan berkata beliau adalah sebahagian daripada anggota kabinet.

“Saya ada dalam kabinet (sebagai menteri). Memang tak ada (menteri letak jawatan) sampai perdana menteri kena keluarkan kenyataan menafikan.

“Ini pembohong besar… MB Selangor,” katanya pula semasa berucap di majlis berasingan di Cheras hari ini.

Sementara itu mengulas kedudukan Datuk Jamal Md Yunos yang meletakkan jawatannya sebagai ketua Umno Sungai Besar, Tengku Adnan berkata, belum ada keputusan dibuat oleh pimpinan tertinggi parti mengenai.

Katanya, Majlis Tertinggi Umno belum menerima peletakan Jamal.

“Belum lagi, belum lagi,” katanya.

Ekoran penahanan polis berhubung siasatan kes samun berkumpulan, Jamal menyatakan hasratnya melepaskan jawatan dalam parti pada Selasa lalu.

Bagaimanapun Ketua Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, ia belum diputuskan oleh partinya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment