250 RIBU EKOR BABI BERLEBIHAN DI SELANGOR, DATANG DARI MANA TU MB?

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, bilangan babi yang diproses atau disembelih di Selangor pada 2014 berjumlah kira-kira 525,733 ekor.
Mengikut statistik pada tahun sama, jumlah babi yang direkodkan diternak di Selangor berjumlah 273,630.
Berdasarkan angka itu jelas menunjukkan berlaku lebihan lebih 250,000 babi yang diproses.
Angka lebihan itu sekali gus menimbulkan persoalan dari mana haiwan itu datang, sama ada ladang ternak berlesen yang enggan merekodkan bilangan sebenar hasil ternakan atau daripada ladang-ladang penternakan haram.
Persoalan itu juga sekali gus selari dengan kebimbangan yang disuarakan penduduk di daerah Kuala Langat yang mendakwa aktiviti penternakan babi di daerah itu semakin pesat berkembang.
Meskipun perangkaan tersebut turut memperlihatkan beberapa negeri lain menunjukkan angka lebihan antara ternakan diproses dan diternak, namun angka lebihan yang direkodkan di Selangor amat luar biasa, melebihi suku juta.
Negeri-negeri lain yang turut merekod angka lebihan babi diproses berbanding diternak ialah Melaka, hanya 29,086 ekor, Johor (24,290), Pahang (23,178), Perlis (1,298) dan Kedah (1,105).
Secara keseluruhan sebanyak 1.3 juta babi diproses berbanding 1.4 juta diternak pada tahun 2014. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak termasuk Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL