Zunar Hasut Isu Dedak, Ditahan Polis Sekali Lagi

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, sekali lagi ditahan oleh pihak polis. Beliau seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa dengan meneruskan aktiviti beliau yang dilihat berbaur hasutan.

Lima pegawai polis berpakaian biasa menahan Zubar semasa majlis amal “Minum Teh Bersama Zunar” yang diadakan di Dewan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini. Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Pegawai-pegawai polis berada di sini sejak pukul 2.15 petang dan sejam kemudian datang ke tingkat atas dan beritahu Zunar bahawa dia perlu hentikan acara ini dan ditahan,” kata isteri Zunar , Fazlina Rosley.

Beliau bagaimanapun tidak pasti di bawah akta apa suaminya ditahan.

Sekurang-kurangnya 1,000 buku kartun Zunar dan T-shirt yang mengandungi perkataan ‘dedak’ juga dirampas.

Selain Zunar, aktivis Lawrence Jayaraj, anggota DAP James Wong dan dua tetamu lain juga ditangkap.

Wong ditahan kerana “menghalang polis menjalankan tugas mereka”.

Dalam salah satu video, salah seorang pegawai polis dilihat bertanya mengenai siapa penganjur acara itu dan meminta kad pengenalan mereka yang bertanggungjawab.

Beliau kemudian berpaling kepada seorang lelaki dan memberitahunya untuk membiarkan polis melakukan kerja mereka.

Lelaki itu menjawab bahawa mereka tidak mengganggu polis dan bertanya mengapa dia tidak dibenarkan untuk berada di situ.

Berikutan itu pegawai polis itu menjawab: “Tolong lah, jangan. Saya beritahu kamu, saya akan tangkap kamu”.

Beliau turut meminta seorang anggota polis yang lain untuk menangkap lelaki itu jika dia melawan.

“Jika dia buka mulutnya lagi, tangkap dia kerana halang penjawat awam,” katanya yang kemudiannya mengarahkan pegawai polis yang lain menahan lelaki itu.

“Tangkap sesiapa sahaja yang halang dan bawa mereka terus ke lokap,” katanya.

Berdasarkan gambar-gambar dan video lain, peguam Ambiga Sreenevasan, aktivis Wong Tack, kolumnis KJ John dan Anggota Parlimen PKR G Manivannan turut hadir pada majlis itu.

Dalam video yang lain, Wong dilihat memberitahu pegawai polis bahawa ini adalah satu “penyalahgunaan kuasa”.

Zunar, bulan lepas, ditahan kerana menghasut ketika mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau ditangkap di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan penghinaan yang disengajakan dengan niat mencetus pecah keamanan.

Persoalannya, mengapa Zunar tetap meneruskan aktiviti beliau walaupun telah ditahan sebelum ini? Adakah beliau berani berbuat demikian kerana ada “orang kuat” di belakang beliau? Hasutan kini dilihat menjadi makanan pakatan harapan pimpinan DAP.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana