UMNO & PAS PERNAH SEPENTAS, MANTAN PRES. UMNO DGN DAP? BARU FIRST TIME

Mei 2002 adalah tarikh dimana buat pertama kali Presiden UMNO dan Presiden PAS duduk bersama dalam isu kemanusian.  Allahyarham Ustaz Datuk Fadhil Noor dan Mahathir masa itu, duduk bersama-sama di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam syarahan perdana anjuran ABIM bercakap tentang isu Palestin (rujuk video di bawah).

Ianya dikira bersejarah sebab Mahathir – atas kapasiti sebagai Presiden UMNO, tidak pernah sepentas dengan mana-mana Presiden PAS atas apa juga isu.  Apatah lagi ketika itu, politik negara kita begitu hostile, sama ada jadi kawan atau jadi musuh.

Tidak lama selepas peristiwa bersejarah itu, iaitu pada Jun 2002, Fadhil Noor meninggal dunia.

Jadi, soal Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama dengan Tuan Guru Datuk Sri Abdul Hadi Awang bersama-sama, sepentas dalam soal Rohingya di Kuala Lumpur semalam, bukanlah isu baru sebab Mahathir dah mulakan dulu.  Anyway, bukan isunya siapa mula dulu atau tidak, tapi atas nama kemanusiaan, atas nama Islam, UMNO dan PAS memang boleh duduk sepentas, dulu pun macam tu, sekarang apatah lagi.

Yang tak pernah berlaku ini ialah mantan Presiden UMNO duduk sepentas dengan DAP atau lebih tepat, sama-sama hadir dalam konvensyen DAP. Itu belum pernah berlaku.

Mahathir kata Tunku dulu pernah buat dan dia ada gambar untuk membuktikannya, penulis sedar gambar itu ada tapi BUKAN DALAM KONVENSYEN DAP..  Tunku masuk S46 sebelum meninggal dunia, begitu juga dengan Tun Hussein Onn tapi mereka berdua tidak pernah hadir dalam mesyuarat DAP, memelayukan DAP lebih dari UMNO dan sebagainya.

An interview with Karpal Singh in Kuala Lumpur.  *** Local Caption *** Karpal with Tunku Abdul Rahman (centre) and Lim Kit Siang. For Karpal, Tunku was the one ‘above it all’. – Photo courtesy of Karpal Singh and family

Nak kira bergambar macam itu, Mahathir pun pernah gambar dengan mendiang Karpal ketika jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dulu, apakah dengan gambar ini bukti Mahathir sokong DAP waktu itu?  Sudah tentu tidak, jadi jangan jadi bodoh atau diperbodohkan Mahathir.

Malah ketika itu, Tengku Razaleigh wujudkan dua pakatan pembangkang, APU untuk yang parti pembangkang Melayu dan Gagasan Rakyat untuk parti pembangkang bukan Melayu.

Justeru, Mahathir guna nama Tunku untuk halalkan kehadirannya dalam majlis DAP, ini, satu bentuk perbandingan yang murah dan hanya untuk pertahan diri saja.  Bergambar ni banyak orang bergambar tapi hadir dalam konvensyen atau majlis rasmi DAP seperti semalam, itu tak pernah dibuat orang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana