TUJUANNYA MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO, AGAKNYA SIAPA PUNYA KERJA?

PENYEBARAN surat palsu konon ditulis oleh Timbalan Perdana Menteri, diikuti dengan cerita mengenai Khairy Jamaludin tidak menyokong Perdana Menteri sekitar tahun lepas, yang meriuhkan sekejap arena politik negara hujung minggu lalu, membuktikan pembangkang semakin terdesak untuk menang dengan menggunakan strategi melaga-lagakan pemimpin UMNO.

Sementara penulis tidak langsung terkejut dengan dakwaan membabitkan Khairy (tapi untuk berlaku adil kita perlu menunggu sehingga beliau memberikan penjelasan ke atas dakwaan yang dibuat Mukhriz itu), Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi sudah pun menafikan kaitan beliau dengan surat palsu berkenaan.

Begitu pun, sementara menanti yang berkenaan memberikan penjelasan, memadailah dikatakan bahawa strategi melaga-lagakan pemimpin UMNO ini – sekalipun dilakukan pembangkang, amat berbeza dengan strategi yang digunakan PKR, DAP dan PAN, waima PAS pun.

Semua parti ini (sekalipun pembangkang) tidak guna sangat teknik melaga-lagakan pemimpin UMNO, mereka lebih gemar menyerang kerajaan secara terus. Polisi yang baik, mereka burukkan, yang tak ada (cerita buruk), mereka ada-adakan.  Contoh, dakwaan konon kerajaan nak bankrap, Tabung Haji nak bankrap, EPF nak bankrap, kaitkan kejatuhan matawang dengan kegagalan kerajaan dan sebagainya, semua ini antaranyalah.

Tinggal satu suspek yang berkemungkinan, dan kebetulan, sebelum dan setelah ditubuhkan, dari atas ke bawah, pemimpin dan ahli parti ini memang suka lihat UMNO berantakan dari dalam.  Dulu mereka dah berjaya dengan memperalatkan Muhyiddin, sekarang nak lagakan Zahid dan Khairy* dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pula.

Maka tidak hairan penulis rasa, orang atau pihak yang sama juga terlibat dengan kedua-dua ini – parti Pribumi cap bunga raya.  Dengan pengesahan bahawa pihak berkuasa akan mencari dalang di sebalik penyebaran surat palsu yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, penulis rasa elok tumpu siasatan pada parti cap bunga ini.

UNtung-untung dapqt tembak 2 burung dengan satu batu.

Penulis teringat dengan pepatah yang dah lama orang PAS tak sebut – sesungguhnya semua yang baik datang dari Allah swt, yang buruk hanya datang dari Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana