TENGKU RAZALEIGH LEBIH KENAL SIAPA DR MAHATHIR

Pentas Perhimpunan Agung Umno 2016 terus menjadi medan perwakilan ‘menyerang’ Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bergerak di atas platform pembangkang.

Kali ini musuh tradisi Dr Mahathir dalam politik, Tengku Razaleigh Hamzah dipuji kerana bertindak menentang bekas presiden Umno itu pada pemilihan parti 1987.

“Tengku Razaleigh terlebih dahulu kenal siapa yang boleh dibuat kawan dan siapa yang harus dilawan.

“Sejak 1987 lagi Gua Musang bagi isyarat kepada Umno bahawa Dr Mahathir tak boleh dipercayai. Dulu lagi Gua Musang dah berperang dengan Dr Mahathir,” kata perwakilan Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim.

Bercakap ketika membahaskan ucapan dasar presiden, perwakilan Umno Bahagian Gua Musang yang dipimpin Tengku Razaleigh itu mahu ahli Umno mempertahankan institusi presiden Umno.

“Datuk Seri Najib (Tun Razak) tak boleh ditumbangkan kerana beliau mengamati 100 peratus apa yang orang itu (Dr Mahathir) buat selama 22 tahun memerintah negara.

“Najib study dan baca semua buku yang orang itu tulis hingga orang itu terkial-kial mencari formula baharu untuk jatuhkan Najib,” katanya lapor mStar Online.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment