TAK UNDANG HADIR KE ISTIADAT, ULANG PERISTIWA TAHUN 1992?

Sesuatu yang berlaku mesti ada kisah disebaliknya atau hikmah. Yang tersurat pasti ada yang tersirat begitu juga halnya dengan isu undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibatalkan oleh pihak Istana Negara.

Kumpulan penyokong pembangkang nampaknya menggunakan peluang ini untuk menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pihak Istana membatalkan undangan berkenaan biarpun surat yang dikeluarkan kepada Dr Mahathir bertarikh 5 Disember ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Seorang pengguna Facebook, ada menyatakan rupa-rupanya Ahli Parlimen Ketereh yang juga Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga sudah dibatalkan jemputannya. Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga bakal menerima nasib yang sama.

Katanya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi seorang Ahli Parlimen, pasti Anwar juga tidak akan dijemput.

Menurut pengguna itu yang juga seorang pengamal media sosial pro-kerajaan, nalurinya ada berasa bahawa isu pembatalan ini berlaku kerana kes penderhakaan pada Sultan Kelantan pada tahun 1992-93 ketika itu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Masa itu panglima2 Dr M, iaitu Shahidan Kasim, Annuar Musa terlibat dlm satu majlis ‘menabalkan’ Sultan Kelantan yg baru, iaitu Tengku Ibrahim Putera dalam satu majlis yang direstui Tun M selaku PM di Ketereh.

“Manakala Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pula pada masa itu ada mainkan satu peranan lain dalam mempermain-main Sultan Kelantan.

“Aduhaiiiii….kasihan Datuk Seri Najib….tak pasal-pasal dituduh memainkan peranan disebalik pembatalan jemputan Tun M,” katanya.

Dalam soal ini, sehingga kini, pihak Istana Negara mahupun Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja belum mengeluarkan kenyataan rasmi kenapa undangan berkenaan dibatalkan.

Bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, Najib juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak munasabah untuk menuduh beliau boleh mengarahkan pihak istana melakukan perkara sedemikian.

Rekod Dr Mahathir dengan Raja-Raja Melayu juga bukannya bersih apabila beliau adalah Perdan Menteri yang melaksanakan pindaan ke atas kuasa-kuasa baginda Agong di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, pada masa ini, Najib tidak bersuara malahan tidak terkesan pun dengan tuduhan kumpulan pro Dr Mahathir yang berterusan menuduh beliau sebagai penyebab undangan berkenaan ditolak. -Pru14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana