SKMM siasat viral hina Agong....Hukum Sekeras Keras Orang Macam Ni

KUALA BERANG, 18 Rabiulawal 1438H, Ahad – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan berhubung gambar fitnah berkaitan istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-15 yang menjadi viral di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sisatan dibuat ekoran pihaknya menerima aduan berkenaan gambar yang dakwa mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap pemimpin negara.

“Aduan telah diterima, siasatan juga telah dijalankan dan memandangkan ia masih dalam siasatan jadi kita tunggulah hasilnya nanti.

“Kita tidak akan teragak-agak ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang masih salah guna media sosial termasuk tabur fitnah atau menghasut,” katanya.

Ia susulan apabila seorang lelaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, melalui status di Facebooknya.

Lelaki itu Mohd Faiz mempersoalkan manfaat yang diterima rakyat sekiranya Agong merupakan insan yang rajin bersolat.

Lelaki itu juga turut menyifatkan apa yang ditonjolkan baginda belum cukup membahagiakan rakyat dengan hanya mempamerkan soleh spritual semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana