Rasa hormat kepada Mahathir semakin terhakis...Bukan Kau Sorang Saja Makin Ramai Yang Meluat

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sejak kebelakangan ini yang dilihat semakin menghakis rasa hormat rakyat terutamanya golongan muda terhadap beliau sebagai negarawan terbilang.

Ketua pemudanya, Datuk Syahrin Md Jamaluddin, tindak tanduk dan kenyataan Mahathir kini dilihat semakin bercelaru dek mengejar kepentingan politiknya.

Menurutnya, tindakan terbaharu pengerusi Bersatu itu yang sekali lagi membuat tuduhan tidak berasas mengenai isu hartanah dan kerakyatan di Johor menggambarkan beliau seolah-olah membelakangkan fakta.

"Kita bimbang apabila Tun Mahathir yang selama ini dikenali sebagai pemimpin berwawasan, berpegang kepada fakta dan tokoh ulung negara semakin menyimpang dari sifat-sifat tersebut yang akhirnya boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat terhadap beliau.

"Dek mahu mengejar cita-cita politik untuk ahli keluarganya, Tun Mahathir sanggup menggadaikan prinsip diri dengan bermain dengan cerita sensasi dan tuduhan melulu kepada kerajaan termasuk kerajaan negeri Johor," katanya.

Syahrin berkata demikian sebagai reaksi kepada entri terbaharu Mahathir di blognya yang menuduh Kerajaan Johor akan memberikan 700,000 kad pengenalan kepada warga asing di negeri itu.

Bagaimanapun dakwaan terbaharu itu sekali lagi disangkal Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membidas kenyataan Mahathir itu sebagai tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan cuba menakutkan rakyat.

Jelas Syahrin lagi, Pemuda Umno Bahagian Tebrau akan berdiri teguh di belakang kepimpinan menteri besar mempertahankan Johor apabila 'diserang' secara tidak beretika oleh mana-mana pihak termasuk Mahathir sendiri.

Menurut beliau, Pemuda Umno Tebrau memang menghargai segala jasa yang disumbangkan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun mentadbir negara, namun jika bekas pemimpin nombor satu negara itu berterusan 'menyerang' kepimpinan negara dan negeri Johor, mereka akan berjuang habis-habisan.

"Hormat tetap hormat tapi kalau Tun Mahathir berterusan main politik tidak bersih seperti ini, kita akan berdiri teguh mempertahankan pemimpin kerajaan terutamanya kerajaan negeri Johor di bawah teraju Mohamed Khaled.

"Kita kena berpijak di bumi nyata dan menjunjung langit di mana tanah kita berpijak. Matlamat politik tidak boleh menghalalkan sebarang cara yang melanggar prinsip-prinsip kerukunan dan keharmonian negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana