RAKYAT ‘TAK SELAMAT’ BILA ANWAR JADI PM, KATA MAHATHIR DULU

Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.


Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.

Dr Mahathir berkata, beliau memang “takut” sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa “tidak bermoral”.

“Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

“Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau,” kata Mahathir sinis.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.

Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.

“Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM,” katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, pada Februari 2014 dahulu.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino “layak” bertanding atas semangat demokrasi.

“Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah,” kata beliau.

Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. – diubahsuai dari laporan asal oleh bnbbc.my pada 19 Februari 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana