PM Tahu Banyak ‘Cerita’ Tun M...Madey Saja Yang EGO

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak terus campur tangan dalam urusan dalaman Umno dan kerajaan, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najin Tun Razak.

Menurut Presiden Umno itu juga, beliau menyimpan banyak maklumat berhubung pelbagai isu kontroversi ketika era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun.

"Dr Mahathir pada zaman dia lagi banyak cerita. Cerita ITP, sweetheart deal, tol, Perwaja, cerita penswastaan MAS, Forex dan banyak lagi.

“Dalam buku Barry Wain (Malaysian Maverick) dia kata waktu Dr Mahathir jadi perdana menteri banyak ketirisan, dia kata RM100 bilion. Kalau (tidak betul), Dr Mahathir samanlah Barry Wain, kenapa tak saman dia.

"Tapi kalau (ada tuduhan terhadap) saya, suruh saya saman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016, Sabtu.

Selain itu, kata Najib, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno diminta menjaga hal dalaman parti yang baharu ditubuhkannya itu.

“Kamu dah tak ada dalam Umno lagi, jangan orang kata gila talak pula.

“Buatlah konvensyen pari baharu…kita nak tengok muka-muka di sana, nak tengok boleh penuh dewan atau tidak,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment