PKR, DAP hanya guna populariti pemimpin PPBM, Amanah - Penganalisis

SHAH ALAM: Isu pembahagian kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bukti bahawa PKR dan DAP sekadar mempergunakan kedua-dua parti itu untuk kelangsungan survival mereka.

Penganalisis politik Edwin Michael berpendapat, Pakatan Harapan (PH) terpaksa mempergunakan populariti pemimpin PPBM dan Amanah dalam meraih sokongan pengundi.

"Memang (PPBM dan Amanah) kena 'game' dengan PH dan mereka digunakan. Kalau kita lihat siapa pemimpin-pemimpin BERSATU (PPBM) dan AMANAH ini?

"Mereka boleh dikatakan 'public figure' yang ada pengikut tersendiri jadi PH memerlukan orang seperti ini untuk menaikkan rating mereka dalam kalangan rakyat," katanya kepada Antarapos.

Justeru PKR dan DAP tidak mahu berkompromi langsung untuk membahagikan kerusi mereka kepada PPBM dan juga Amanah, kata Edwin.
 
"Tapi bila timbul soal survival mereka dalam soal pembahagian kerusi, mereka tak boleh beri kerjasama dalam isu ini. Kerana kerusi ini merupakan survival parti politik PKR, DAP," katanya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin PKR yang membayangkan kesukaran untuk berkompromi soal pembahagian kerusi.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie yang dilaporkan Utusan Malaysia 'membayangkan' PPBM dan Amanah tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula mengatakan PPBM perlu memujuk PAS bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding pada PRU14 akan datang.

Menurut Tian, sasaran undi PPBM adalah di kalangan pengundi Melayu, justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisional PAS.

Tian dipetik laporan akhbar berbahasa Ingggeris sebagai berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

Mengulas lanjut isu berkenaan, seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, perselisihan pendapat di antara parti-parti pembangkang bersabit soal kerusi akan mewujudkan kesukaran mencapai prinsip satu lawan satu seperti yang dihasratkan mereka sebelum ini.

"Di peringkat atasan barangkali sudah wujud satu ketetapan untuk bekerjasama, tapi penerimaan di peringkat lain masih lagi belum menampakkan hasil yang besar sebagaimana di peringkat atasan.

"Jika wujud perselisihan di peringkat bawahan dalam PKR, DAP, PAS dan Amanah maka itu akan menyukarkan mereka untuk meneruskan usaha pertembungan satu lawan satu.

"Walau apa bentuk kenyataan yang dikeluarkan sekalipun, saya percaya masing-masing mempunyai satu agenda untuk membolehkan lahirnya pertembungan satu lawan satu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana