PERWAKILAN MENITISKAN AIR MATA MENGAMINKAN DOA PRESIDEN UMNO

LEBIH dari 2,000 para perwakilan Umno dalam Dewan Merdeka dan beribu-ribu lagi pemerhati di luar dewan nyata tersentuh dengan doa yang dibacakan pada Perhimpunan Agung Umno 2016.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa ucapannya benar-benar menyentuh hati dan jiwa para ahli Umno.

Rata-rata para perwakian yang mengaminkan doa tersebut dilihat menitiskan air mata perjuangan mereka tatkala Najib Razak memimpinnya.

Intipati doa yang dibacakan Presiden Umno berkenaan adalah seperti berikut ;

BismillahirRahmanirRahim,Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah

bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini,

dan negara yang tercinta ini.


Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah

dan menitiknya darah kami, di sinilah kami

dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami

berjuang serta dipersempadanan ini juga kami

akan disemadikan satu hari kelak.


Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau

yang tidak memberi pertolongan, taufik dan

hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami

bergantung dan meletakkan urusan hidup

serta mati kami juga anak cucu kami.


Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair

ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan

pengkhianat dan pendurjana.


Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih

lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan

kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat

sekalian serta datangkanlah bahagia pada

tanahair ini.


Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung,kami

berjanji akan berjuang bermati-matianhingga

ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa

kami ditukar ganti.Amin Allahumma Amin!
Apa yang lebih penting adalah, para perwakilan dilihat menjiwai intipati ucapan dan doa yang dibacakan Najib Razak berkenaan.

Oleh yang demikian, sama-sama kita berharap agar doa yang dibacakan dan diaminkan dengan penuh khusyuk itu akan diterima Allah dan sekali gus memperoleh keberkatan dariNya. –Tv14
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment