Pengecualian GST Kad Tambah Nilai Prabayar Kekal

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah tersebut diambil untuk meringankan bebanan rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar (kad prabayar) itu.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat GiatMara Pekan di Bandar Peramu di sini.

Kerajaan di bawah langkah penambahbaikan GST pada akhir tahun lepas telah mengecualikan caj GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bermula 1 Januari lepas sehingga 31 Disember ini.

Sementara itu Najib menafikan jadual padat beliau di Pekan hari ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Tak... tak...Saya balik ke Pekan hari ini tujuan untuk menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen, meninjau sejauh mana keberkesanan dasar dan program kerajaan sama ada sampai kepada kumpulan sasar.

"Saya dapat saksikan hari ini program yang dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya dapat mengubah keadaan hidup rakyat di kawasan Pekan dan seluruh negara seperti projek untuk membina rumah-rumah bagi menangani masalah kemiskinan di bandar umpamanya," katanya.

Najib yang menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976 mempunyai jadual lawatan yang padat hari ini dengan menghadiri sembilan program sejak pukul 10 pagi. Program terakhir beliau adalah pada 7.30 malam ini iaitu makan malam bersama Persatuan Cina Pahang di Hotel Zenith, Kuantan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata krisis di Aleppo, Syria memerlukan usaha penyelesaian secara politik kerana sekiranya pertembungan berlaku berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada orang awam.

"Kita memang berasa sedih peristiwa di Aleppo, sangat menyayat hati bukan sahaja dalam kalangan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Ia merupakan satu masalah krisis kemanusian begitu dahsyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana