PAU2016: "Terima Kasih Najib, Rosmah" - Alumni Permata...Orang Tahu Erti Bersyukur

KUALA LUMPUR: Kepetahan jurucakap muda, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni membahaskan usul pendidikan terutama ketika menyentuh mengenai Program Permata Negara (Permata) berjaya membuat perwakilan Umno senyap mendengar setiap tutur katanya.

Lebih menarik perhatian apabila anak muda berusia 21 tahun yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah alumni pertama projek perintis Permata yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu.

“Saya hadir untuk berikan perkongsian mengenai program ini agar kita semua peka terhadap inisiatif kerajaan bagi martabatkan pendidikan anak Melayu.

“Alhamdulillah menerusi Permata, saya berjaya wakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam bidang robotik dan sains teknologi seawal umur 16 tahun.

"Hujung tahun ini saya sekali lagi terpilih untuk wakili Malaysia ke sebuah forum akademik peringkat Asean,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh perwakilan.

Berasal dari Pontian, Johor, Muhammad Nur Sadiqin merupakan pembahas yang mewakili Mahasiswa Nasional ke Perhimpunan Agung Umno 2016.

Dalam ucapannya, Naib Presiden I Persatuan Mahasiswa UKM itu beberapa kali berterima kasih dan memuji Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah kerana berusaha mengangkat taraf pendidikan orang Melayu melalui Permata.

Ucapan berkobar-kobar anak pendidik ini berjaya menyentuh hati Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badaruddin Amiruldin apabila beliau berharap pemuda berkenaan dapat menyumbang kembali kepada Permata suatu hari nanti.

“Walaupun anak orang miskin tapi dengan pendidikan Alhamdulilah dia dah jadi orang berjaya. Saya jadi sebak bila tengok orang susah berjaya.

"Saya nak semua bagi tepukan dan standing ovation kerana walaupun tengah periksa dia tetap datang bersyarah dekat kita. Teruskan perjuanganmu, ibarat mati dihujung kuku, berkuburkan tapak tangan. Terima kasih nak…pi belajaq elok-elok,” katanya.

Semua perwakilan termasuk Rosmah yang berada di galeri pemerhari memberikan tepukan dan standing ovation kepada Muhammad Nur Sadiqin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana