PAS tunjuk power di Selangor menerusi Ceramah Mega Rakyat… Wan Azizah ‘ghaib’

Di pentas utama Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS di Paya Jaras,Selangor masih terbentang gambar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaris dengan beberapa pemimpin yang lain termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ia berlangsung Isnin malam.

Namun hingga ke akhir majlis beliau tidak muncul.

Bukan setakat itu tempatnya cuma diwakili oleh Ahli Parlimen PKR Subang,Sivarasa Rasiah – yang boleh dikira pemimpin kecil PKR , kalau dilihat dari sudut hubungan strategik PKR dan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Semua orang tahu tanpa PAS yang masih berada dalam kerajaan Selangor sekalipun sudah tersingkir dari Pakatan Harapan,kerajaan negeri pimpinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tentu tempang.

Oleh itu dari segi diplomasi politiknya kehadiran Sivirasa sebagai wakil PKR dilihat cukup ‘tidak kena’.

Sepatutnya Azmin atau sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden PKR yang hadir sebagai menghormati majlis ceramah mega anjuran PAS itu.

PAS kini ada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Kerajaan Selangor dan tiga anggota Exco.PKR pula 13 manakala DAP 14 dan PAN 2.

Inilah yang menjadi bahan ‘cakap-cakap’ yang hangat dikalangan ribuan penyokong pembangkang khususnya ahli PAS yang hadir di majlis itu.

Malah ketiadaan Wan Azizah turut menjadi bahan komentar hangat di laman media sosial penyokong PAS ketika majlis sedang berlangsung dan selepasnya.

Sebuah portal berita pro PAS secara terbuka menyiarkan satu komentar sinis : “Dapat info bila dah kena sergah dengan DAP, terus Kak Wan suruh Sivarasa wakili beliau ceramah mega rakyat di Paya Jaras 12 Disember ini.
“Kan dah cakap DAP penentu segala keputusan PH ( Pakatan Harapan).

“Lagi nak nafi walaupun DAP bukan peneraju seandainya PH menang PRU ke-14 tawan Putrajaya (rasanya mustahil lah misi tersebut tanpa bantuan dan sokongan PAS) tetapi penentu setiap polisi, dasar dan keputusan mutlak ditentukan oleh DAP,”kata orang yang memberi komentar itu.

Ini nampaknya selari dengan pandangan kebanyakan orang dalam PAS yang rasa Wan Azizah gabra nak tunjuk muka di majlis ceramah itu kerana tidak berani nak ‘mengusik perasaan’ sekutu kuatnya dalam Pakatan Harapan yakni DAP dan PAN.

PAS memang tidak jemput DAP dan PAN ke majlis itu.

Apapun yang pasti jika Wan Azizah atau Azmin hadir mereka tentu berada dalam keadaan ‘ kesipuan’ resah dan tidak senang duduk sepanjang ceramah.

Selain jadi medan ‘ tembak’ UMNO dan BN…ceramah itu juga jadi medan belasah DAP dan PKR.

Sekalipun bercakap dalam wilayah Selangor ,Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya tidak berselindung lanyak habis-habisan DAP dan PAN kerana mendakwa mengkhianati PAS.

Beliau juga tegas kata selain UMNO, partinya tidak sekali-kali akan berkerjasama lagi dengan DAP dan PAN.

Tuan Ibrahim nampaknya cukup geram dengan hajat PAN hendak kacau daun bertanding Kelantan dan Terengganu pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Ramai pemerhati politik melihat majlis Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS itu jelas satu langkah parti itu untuk ‘ tunjuk power’ di Selangor.

‘Ceramah Mega Rakyat full house’…itu antara komentar kalangan pimpinan PAS di laman facebook untuk pukul canang ramai tentang yang hadir di majlis itu.

Mereka dengan bangga kata kehadiran ramai itu membuktikan PAS masih relevan di Selangor tanpa DAP dan PAN.

Bagi pemerhati politik tersirat mesej yang hendak disampaikan oleh PAS menerusi ceramah mega ini tidak lain tidak bukan ialah ‘ jangan main-main dengan kami’.

Wakil Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Paya Jaras dimana ceramah itu diadakan kini adalah Khairuddin Othman dari PAS.

Kehadiran Muhyiddin pada ceramah itu pula dilihat tidak lebih untuk tumpang semangkuk majlis PAS.

Manakala PAS pula dikatakan hendak menjadikan PPBM sebagai salah satu faktor memperkuatkanya main tarik tali politik dengan Pakatan Harapan.

Sejak tiada dalam Pakatan Harapan,PAS kini cuma ada jalinan kerjasama dengan parti kecil , Ikatan pimpinan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Kadir juga tidak hadir di majlis ceramah itu sekalipun gambarnya tertera di pentas utama.

PPBM kini sedang main dua kolam yakni berhajat untuk menyertai Pakatan Harapan dan pada waktu yang sama mahu mewujudkan blok kerjasama berasingan dengan PAS.

Bagaimanapun dalam ucapan di ceramah itu Muhyiddin masih mengharapkan ada penyatuan dikalangan barisan pembangkang untuk berentap dengan BN pada pilihanraya umum ke 14.

Katanya beliau faham masalah rumit antara PAS dengan DAP dan PAN.

Pengarah Komumikasi PAN,Khalid Samad nampak mudah saja tindak tanduk PAS anjur ceramah mega itu tanpa DAP dan PAN.

“Mereka ingin pembangkang berpecah bukan bersatu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana