PAS masih keliru, sindir Tun M...Sebenarnya MAdey Dengki

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir PAS berkemungkinan masih lagi keliru untuk memuktamadkan pendirian bersama-sama dengan gabungan pembangkang.

Katanya pendirian PAS yang tidak tetap itu dapat dilihat apabila bersama-sama dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjayakan himpunan Rohingya minggu lalu, dan dalam masa yang sama berada dalam kerajaan Selangor.

Justeru katanya, parti itu hanya akan membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang jika ia tidak lagi keliru.

"Seperti yang saya katakan tadi, mereka keliru. Pada satu segi kata mereka ini pembangkang, tapi segi lain bercium satu sama lain, berdemo bersama, kejap (berada) dalam kerajaan.

"Mereka kata tak mahu DAP dan AMANAH tapi bekerja dengan DAP dan AMANAH (dalam kerajaan negeri Selangor). Ini keliru. Kita kena tunggu sampai mereka tidak keliru," katanya di sidang media bersama pimpinan PH di Konvensyen Nasional AMANAH tengah hari tadi.

Sebelum ini PAS dilaporkan tidak pernah meminta PPBM untuk menunggu parti itu menyatakan kesediaan bersabit kerjasama sesama pembangkang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Malah Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu buat masa ini sedang giat memperkasakan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding kerjasama berkenaan.

Menerusi Konvensyen DAP minggu lalu, Mahathir berkata PPBM dan parti pembangkang yang lain akan meninggalkan PAS dan tidak akan menunggu lebih lama dalam mengatur gerak kerja bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

Jelasnya keputusan itu terpaksa dilakukan kerana keengganan PAS dalam memberi kata putus dan usaha kearah itu perlu dijalankan dalam usaha menumbangkan Umno-BN.

Malah Mahathir secara terang-terangan mengatakan mana-mana parti pembangkang yang bersaing sesama sendiri dalam PRU14 adalah menyokong BN.
 
"Sesiapa yang berusaha supaya wujud pertandingan tiga penjuru dalam PRU14, mereka sebenarnya sokong BN," demikian menurut Mahathir lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata keengganan berterusan yang ditunjukkan PAS gagal membantu memperkuatkan lagi gagasan pembangkang dalam usaha menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Apabila diucapkan pendirian sedemikian ia tak membantu rakyat, usaha dan komitmen kita untuk selamatkan masa depan masa. Jadi saya ingatkan sekali lagi, supaya cari keutamaan. Ini masa depan kita. Kita perlu bersatu untuk mencari persamaan demi masa depan kita," ujarnya.

PH dan PPBM akan mengadakan satu pertemuan formal pada 13 Disember ini untuk mencari kesepakatan bersama dalam soal kerjasama politik rasmi demi menghadapi PRU14 kelak.

Sehingga kini PAS masih gagal menyatakan kesudian kerjasamanya di dalam PH memandangkan ia sudah 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan AMANAH dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana