PAS mahu tanding Permatang Pauh PRU14...Ada Beranikah Azizah Kali Ini

PAS Permatang Pauh mengumumkan bahawa parti itu mahu turut serta merebut kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.

Menurut Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad, parti itu berhak meletakkan calon ekoran tidak mempunyai hubungan lagi dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

"Kami juga berhak meletak calon ketiga DUN dan parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi,” katanya dipetik portal pembangkang Malaysiakini.

Sebelum ini, PAN Pulau Pinang yang berminat bertanding di Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat PAS.

Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.

Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana