PAN tidak kenal lelaki hina Agong...Tak Ngaku Yer

Parti Amanah Negara (PAN) menafikan lelaki menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman sosial baru-baru ini adalah ahli parti itu.

Perkara itu dinyatakan Naib Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd Ithnin dengan menyifatkan pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit.

Beliau berkata, seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan juga dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan.

“Ini kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan mengatakan lelaki yang menghina Agong itu adalah penyokong parti PAN.

Lelaki itu, Mohd Faiz didakwa mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan menunaikan solat di beberapa masjid.

Mohd Faiz mempersoalkan apakah manfaat yang diterima rakyat sekiranya Agong merupakan insan yang rajin bersolat.

Lelaki itu juga turut menyifatkan apa yang ditonjolkan baginda belum cukup membahagiakan rakyat dengan hanya mempamerkan soleh spritual semata-mata.

Bagaimanapun dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz dikatakan memohon maaf kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana